Skip to main content

Dunia

Korban denggi di Bangladesh jangkaui 300; cetus kecemasan kesihatan

Anggaran Waktu Membaca:
DHAKA: Demam denggi mencetuskan kecemasan kesihatan awam di Bangladesh, dengan 10 kematian direkodkan pada Sabtu (5 Ogos), menjadikan jumlah kematian setakat ini mencecah 303, menurut Direktorat Jeneral Perkhidmatan Kesihatan (DGHS).

Menurut DGHS, sebanyak 281 kematian akibat denggi dicatatkan pada tahun lalu, jumlah tertinggi pernah direkodkan di mana-mana negara, lapor agensi berita Anadolu.

Jumlah kemasukan ke hospital mencecah 63,968, dengan 2,495 kes baharu.

Kebanyakan kematian direkodkan di ibu negara, Dhaka iaitu sebanyak 241 kematian.

Mushtaq Hussain, pakar virologi dan penasihat Institut Epidemiologi, Kawalan Penyakit dan Penyelidikan (IEDCR) yang dikendalikan pemerintah, memberitahu situasi terkini sudah menjadi kecemasan kesihatan awam.

Beliau mencadangkan pemerintah mendedikasikan institusi berasingan seperti IEDCR, atau memperkenalkan institusi baharu untuk menangani situasi secara lebih bersasar dan bersepadu.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita