Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korban COVID-19: India catat rekod baru setelah data disemak

India pada Khamis (10 Jun) mencatat rekod global lebih 6,000 kematian koronavirus dalam 24 jam setelah sebuah negeri secara mendadak menyemak datanya, menimbulkan kecurigaan bahawa angka korban di negara itu jauh lebih tinggi daripada yang dilaporkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Korban COVID-19: India catat rekod baru setelah data disemak

Seorang lelaki mengurus mayat korban COVID-19 di India (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 10 Jun 2021 07:41PM Dikemas Kini : 10 Jun 2021 07:43PM

NEW DELHI: India pada Khamis (10 Jun) mencatat rekod global lebih 6,000 kematian koronavirus dalam 24 jam setelah sebuah negeri secara mendadak menyemak datanya, menimbulkan kecurigaan bahawa angka korban di negara itu jauh lebih tinggi daripada yang dilaporkan.

Menurut perangkaan kementerian kesihatan, 6,148 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelumnya, menjadikan jumlah kematian kepada hampir 360,000, yang ketiga tertinggi di dunia.

Rekod dunia sebelumnya menurut penghitungan AFP adalah 5,527 di Amerika Syarikat pada 12 Februari, juga setelah semakan semula angka kematian sebelumnya.

Pada Rabu, wilayah timur Bihar menaikkan jumlah kematiannya dari 4,000 kepada hampir 9,500 setelah menyemak rekod kematian, kata para pegawai.

Mahkamah tinggi Bihar di Patna menuntut audit terhadap angka korban setelah tuduhan bahawa pemerintah tempatan menyembunyikan skala jangkitan dan kematian.

Tuduhan serupa dilemparkan kepada pemerintah wilayah lain setelah lonjakan koronavirus baru-baru ini menyaksikan mayat mangsa COVID-19 bertali arus memenuhi rumah pembakaran mayat menyebabkan ratusan mayat dibuang di sungai atau dikebumikan di liang lahad yang cetek.

Dengan penyimpanan rekod yang lemah walaupun pada waktu biasa, ramai pakar yakin jumlah kematian di India adalah beberapa kali lebih tinggi daripada perangkaan rasmi, bermakna jumlahnya lebih daripada sejuta - menjadikannya tertinggi di dunia.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan