Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Korban banjir Bangladesh naik kepada 73 mangsa

Jumlah kematian akibat banjir di Bangladesh meningkat kepada 73 orang dengan lima orang dilaporkan terkorban dalam tempoh 24 jam yang lalu, kata para pegawai pada Jumaat (24 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
DHAKA: Jumlah kematian akibat banjir di Bangladesh meningkat kepada 73 orang dengan lima orang dilaporkan terkorban dalam tempoh 24 jam yang lalu, kata para pegawai pada Jumaat (24 Jun).

Banjir di beberapa bahagian negara itu semakin memburuk disebabkan limpahan air besar dari kawasan hulu.

Sebanyak 49 kematian akibat lemas manakala selebihnya maut antaranya disebabkan disambar petir, dipatuk ular, cirit-birit, penyakit kulit dan tanah runtuh.

Banyak kawasan masih ditenggelami air dan berjuta-juta penduduk di kawasan terpencil terkandas termasuk kanak-kanak dan warga emas ketika menunggu untuk mendapatkan barangan bantuan, lapor agensi berita Anadolu.

Timbalan Pesuruhjaya Sylhet, Md. Mojibur Rahman, berkata pemerintah telahpun memperuntukkan bantuan mencukupi untuk mereka yang terjejas.

Beliau menambah disebabkan oleh gangguan komunikasi, beberapa penduduk yang terkandas di kawasan terpencil tidak dapat dihubungi.

Sehingga kini, banjir yang semakin memburuk itu menjejas 13 daerah di Bangladesh, memusnahkan banyak kawasan pertanian dan memporak-perandakan kehidupan berjuta-juta orang, kebanyakannya sebelum ini pernah ditimpa banjir besar pada bulan lalu.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan