Kontroversi jual stoking kalimah Allah: Polis Malaysia siasat KK Mart di Perak dibaling ‘bom petrol’
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: KK Super Mart/Facebook
PETALING JAYA: Polis melancarkan siasatan selepas satu objek dipercayai bom petrol dilaporkan dibaling ke sebuah kedai KK Mart di Bidor, Perak pada Selasa pagi (26 Mac).
Ketua Polis Perak Yusri Hassan Basri dalam satu kenyataan berkata polis sedang mengesan suspek terlibat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Seksyen 427 membawa hukuman penjara tidak kurang setahun atau tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Encik Yusri berkata semakan rakaman CCTV di premis mendapati ada sebuah kenderaan berwarna gelap dengan logo merah berhenti di hadapan kedai pada jam 5.35 pagi.
“Seorang lelaki turun dari kenderaan dan membaling satu objek dipercayai botol kaca mengandungi minyak tanah ke dalam kedai sebelum beredar,” katanya, lapor agensi berita Free Malaysia Today.
Sebelum ini, China Press melaporkan ‘bom’ itu dibaling di hadapan kedai berkenaan tetapi tidak meletup.
Difahamkan, ada pekerja di dalam kedai itu ketika kejadian berlaku, menurut Free Malaysia Today.
KK Mart diselubungi kontroversi selepas beberapa gambar stoking tertera kalimah Allah yang dijual di kedai KK Mart Bandar Sunway tersebar di media sosial sekali gus mencetuskan kemarahan orang Islam dan desakan boikot oleh Pemuda Umno.
Syarikat itu sudah memohon maaf dan menyatakan kekesalan berhubung insiden tersebut, lapor Free Malaysia Today.
Bagaimanapun, Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh mahu KK Mart menaikkan sepanduk meminta maaf di semua 881 cawangan kedai itu atau berdepan boikot yang lebih besar.
Ketika dihubungi bagi diminta mengulas mengenai insiden membaling ‘bom’ itu, Dr Akmal berkata: “Kami mengecam keras tindakan keganasan ini.”

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.