Skip to main content

Dunia

Konsep Malaysia Madani bukan retorik atau slogan semata-mata, kata Dr Wan Azizah

Konsep 'Malaysia Madani' yang diilhamkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bukan retorik atau slogan semata-mata, kata isteri Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anggaran Waktu Membaca:
Konsep Malaysia Madani bukan retorik atau slogan semata-mata, kata Dr Wan Azizah

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Wan Azizah Wan Ismail. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 29 Jan 2023 04:43PM

IPOH: Konsep 'Malaysia Madani' yang diilhamkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bukan retorik atau slogan semata-mata, kata isteri Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Justeru, katanya semua pihak perlu memahami makna di sebalik konsep 'Malaysia Madani' yang seterusnya mampu memberi kesan perubahan kepada rakyat secara menyeluruh.

"Semua pihak perlu berganding bahu dalam menjayakan agenda tersebut.

"Perbezaan fahaman politik harus diketepikan dan bersama-sama membangunkan negara selari dengan 'Malaysia Madani'. 

"Apa yang kita namakan, kita tidak mahu ia hanya menjadi sekadar kata-kata atau hanya slogan.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita hendak merasakan impak konsep Malaysia Madani itu terutamanya di Parlimen Tambun ini yang merupakan kawasan Parlimen Perdana Menteri yang menjadi contoh dan penanda aras kepada seluruh Perak dan Malaysia khususnya," katanya.

Dr Wan Azizah berkata demikian ketika berucap merasmikan Kompleks Pendidikan Baitul Ridzuan (KOBAR) dan pelancaran Sekretariat Masyarakat Madani Tambun (SMAT) anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Jalan Raja Kampung Manjoi hari ini (29 Jan).

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri Mohd Zolkafly Harun serta Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid.

Encik Anwar baru-baru ini memperkenalkan konsep 'Malaysia Madani' sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.

Madani itu diacu berteraskan enam rukun iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita