Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Konsensus Lima Perkara perlu dipertimbang jika Myanmar teruskan hukuman mati terhadap banduan politik

Anggaran Waktu Membaca:
Konsensus Lima Perkara perlu dipertimbang jika Myanmar teruskan hukuman mati terhadap banduan politik

Perdana Menteri Kemboja Hun Sen di sidang puncak ASEAN. (Gambar: Reuters)

PHNOM PENH: Pengerusi ASEAN, Kemboja, menyatakan blok itu perlu memikirkan semula Konsensus Lima Perkara jika Myanmar terus menjalankan hukuman mati ke atas lebih ramai banduan politik.

Perdana Menteri Kemboja Hun Sen berkata demikian di majlis perasmian Mesyuarat Menteri Luar ASEAN di Phnom Penh.

Encik Hun Sen menambah ASEAN kecewa dengan langkah Myanmar menjalankan hukuman mati ke atas empat banduan politik baru-baru ini.

Para diplomat utama ASEAN akan memulakan satu siri mesyuarat lewat hari ini.

Setiausaha Luar Filipina Enrique Manalo tidak hadir disebabkan COVID-19 manakala Myanmar pula tidak dijemput.

Naypyidaw juga menolak permintaan untuk menghantar wakil bukan junta.

Para diplomat ASEAN akan menyentuh pelbagai isu dalam perbincangan mereka.

Ini ketika lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Nancy Pelosi ke Taiwan mendapat perhatian global.

Ramai pihak prihatin ketegangan ketenteraan akan bertambah di Selat Taiwan.
Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan