Kongres AS tolak tawaran Trump tamatkan penutupan pemerintah persekutuan
Para anggota Kongres Amerika Syarikat dari Parti Democrat menolak tawaran terbaru Presiden Donald Trump bagi menamatkan kelumpuhan sebahagian operasi pemerintah persekutuan negara itu yang sudah berlarutan selama 29 hari.
WASHINGTON: Para anggota Kongres Amerika Syarikat dari Parti Democrat menolak tawaran terbaru Presiden Donald Trump bagi menamatkan kelumpuhan sebahagian operasi pemerintah persekutuan negara itu yang sudah berlarutan selama 29 hari.
Tempoh itu adalah yang paling lama dalam sejarah Amerika.
Dalam pengumumannya, Presiden Trump menawarkan untuk tidak mengusir, buat sementara waktu, sejuta pendatang tanpa izin di Amerika.
Sebagai balasan, Presiden Trump mahu Dewan Kongres meluluskan permintaannya bagi dana untuk membiayai pembinaan tembok sempadan dengan Mexico.
Sejuta pendatang yang dimaksudkan itu termasuk 700,000 orang yang disebut sebagai 'Dreamers'. Mereka adalah anak kepada para pendatang yang tinggal secara haram di Amerika Syarikat.
Masa depan 'Dreamers' menjadi perjuangan utama para anggota Kongres dari parti Democrat.
Para pemimpin Democrat dalam Dewan Perwakilan dan Dewan Senat bagaimanapun menolak mentah-mentah tawaran Presiden Trump itu.
Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi berkata tawaran Presiden Trump itu tidak memberi kepastian tentang nasib golongan tersebut.
Pemimpin Minoriti dalam Dewan Senat, Chuck Schumer, pula menyifatkan tawaran Presiden Trump itu sebagai perbuatan "menahan tebusan", bukan satu tolak ansur.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.