Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kongres anti Jawi oleh kumpulan pendidikan Cina mungkin undang tindak balas, amaran Dr Mahathir

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, memberi amaran mengenai akibat sekiranya kumpulan pendidikan Cina, Dong Jiao Zong, meneruskan kongres yang dirancang berhubung pengajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah vernakular.

Anggaran Waktu Membaca:
Kongres anti Jawi oleh kumpulan pendidikan Cina mungkin undang tindak balas, amaran Dr Mahathir

Para pelajar sekolah rendah menunggu ibu bapa untuk menjemput mereka pulang dari sekolah pada 2 Julai 2018. (Gambar: Yam G-Jun/AFP)

Diterbitkan : 20 Dec 2019 10:37PM Dikemas Kini : 20 Dec 2019 10:38PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, memberi amaran mengenai akibat sekiranya kumpulan pendidikan Cina, Dong Jiao Zong, meneruskan kongres yang dirancang berhubung pengajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah vernakular.

Perdana Menteri Malaysia itu berkata ia mungkin mengakibatkan kaum Melayu juga menganjurkan kongres mereka bagi membincangkan usaha menutup sekolah-sekolah vernakular Cina.

Bercakap kepada wartawan di luar Sidang Kemuncak Kuala Lumpur pada Jumaat (20 Dis), Dr Mahathir turut menegaskan bahawa dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia, apa yang penting adalah bagi setiap pihak bertimbang rasa terhadap sentimen pihak lain.

Ditanya sama ada kongres itu perlu dihentikan, Dr Mahathir yang juga pengerusi Sidang Kemuncak KL menjawab: “Ini negara bebas, negara yang membenarkan kebebasan bersuara.

“Tapi kita juga perlu sensitif terhadap kaum lain yang tinggal di negara ini. Jika anda mula buat serangan terhadap kaum lain atau melanggar perlembagaan negara, akhirnya ia akan mengakibatkan huru-hara, ketidakstabilan dan semua orang menjadi miskin. Akhirnya, kita akan lihat ramai rakyat Malaysia berhijrah ke negara lain."

Dr Mahathir juga memberi amaran mengenai kesan sekiranya orang ramai mula bergaduh antara satu sama lain.

“Jika anda buat perkara ini, sama seperti banyak negara lain, mereka akan bawa pergaduhan ini ke jalanan, bergaduh sesama sendiri, baling gas pemedih mata dan sebagainya. Jika anda mahu Malaysia jadi seperti itu, teruskanlah,” kata Perdana Menteri.

Walaupun mendapat bantahan mengenai pengajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah vernakular bulan lalu, Mahkamah Tinggi di George Town memutuskan bahawa pengajaran tulisan Jawi adalah sebahagian daripada Bahasa Malaysia dan boleh diajar di sekolah-sekolah Cina serta Tamil.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan