Kongres Amerika gagal pilih Speaker baru
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Mandel NGAN / AFP)
WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat gagal memilih speaker baharu dalam pusingan pertama pengundian apabila Jim Jordan daripada Republikan gagal memperolehi sokongan yang mencukupi daripada partinya sendiri.
Calon Republikan itu memperolehi 200 daripada 220 undi, manakala calon Demokrat Hakeem Jeffries, menerima 212 undi.
Namun, kedua-duanya gagal mengumpulkan undi yang diperlukan iaitu 217 undi untuk menjadi Speaker Dewan, lapor Xinhua.
Encik Jordan kehilangan sokongan 20 anggota Republikan apabila enam daripadanya mengundi bekas speaker Encik McCarthy dan tujuh lagi mengundi Encik Steve Scalise yang pernah dicalonkan untuk merebut jawatan itu.
Encik Jordan, pengasas bersama House Freedom Caucus dianggap sebagai tokoh paling kanan dalam parti Republikan dan mendapat sokongan bekas Presiden Donald Trump.
Dewan tidak boleh meneruskan proses perundangan sehingga speaker dipilih dan anggota Parlimen perlu meluluskan rang undang-undang perbelanjaan sebelum pembiayaan kerajaan habis pada pertengahan November.
Encik Kevin McCarthy disingkirkan daripada jawatan itu dua minggu lepas, speaker pertama yang disingkirkan menerusi usul dikemukakan perwakilan.

Sumber : Bernama/AA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.