Komputer riba percuma kepada pelajar M40, guru andai Barisan Nasional menang PRU15
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
SUNGAI BESAR: Barisan Nasional (BN) sedia memanjangkan pemberian komputer riba secara percuma kepada pelajar M40 dan para guru sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia, kata Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi.
"Pelajar M40 dan guru di seluruh negara akan turut menerima bantuan komputer riba percuma untuk pembelajaran dan pengajaran... Ini merupakan maklum balas secara langsung BN terhadap permintaan pengundi," katanya semasa Program Budi Disanjung di Parit 16 Sungai Panjang di Sungai Besar pada Selasa malam (8 Nov).
Awal dari itu, calon BN bagi kerusi Parlimen Sungai Besar Jamal Md Yunos, yang turut hadir di program itu, berkata pihaknya menerima permohonan daripada para guru dan keluarga M40 agar mereka turut diberikan komputer riba bagi tujuan pembelajaran.
BN menampilkan manifesto Perancangan Amal dan Usaha (PADU) iaitu tawaran baru kepada rakyat Malaysia yang mengandungi 99 amal dan usaha gabungan politik itu bagi mengemudi Malaysia ke arah negara maju.

Antara tawaran itu adalah pemberian komputer riba percuma kepada pelajar B40 dan memastikan 100 peratus liputan 5G di semua sekolah.
Encik Ahmad Zahid juga berkata rakyat perlu memberikan mandat yang kuat kepada BN agar sebuah kerajaan stabil dapat ditubuhkan bagi mendepani kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku tahun depan.
"Pakar ekonomi menjangkakan kemelesetan ekonomi berlaku pada suku pertama tahun hadapan dan PRU15 Malaysia yang diadakan pada tahun ini adalah tempoh yang sesuai supaya kerajaan baru nanti dapat bersedia sepenuhnya," kata beliau.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.