Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Komposer veteran Ahmad Nawab tutup usia pada 92 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Komposer veteran Ahmad Nawab tutup usia pada 92 tahun

Gambar: Ahmad Nawab/Facebook

Diterbitkan : 24 Nov 2024 07:44PM Dikemas Kini : 24 Nov 2024 07:45PM
KUALA LUMPUR: Komposer veteran, Ahmad Nawab menghembuskan nafas terakhir pada usia 92 tahun pada Ahad (24 Nov).

Allahyarham atau nama asal, Ahmad Khan Nawab Khan dilaporkan meninggal dunia di kediaman beliau di Taman Melewar, Gombak sekitar pukul 3.15 petang.

Berita duka pemergian Ahmad Nawab dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Freddie Fernandez ketika dihubung Astro AWANI.

Memulakan kerjaya muzik sejak berusia 16 tahun, Allahyarham Ahmad Nawab dianugerahkan gelaran Seniman Negara Ketujuh oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia pada 2006.

Allahyarham mencipta legasi dalam industri rakaman negara itu dengan lebih 2,000 lagu digubah sejak era 1950-an merupakan individu bertanggungjawab melahirkan ramai nama besar dunia seni suara.

Antaranya adalah Allahyarhamah Sharifah Aini, Allahyarham Sudirman, Khadijah Ibrahim, Jamal Abdillah, Uji Rashid dan Ramlah Ram, menurut Astro AWANI.

Sepanjang kerjayanya, Ahmad Nawab menghasilkan lebih 200 album yang didendangkan artis tempatan dan Indonesia seperti Hetty Koes Endang dan Broery Marantika.

Allahyarham Ahmad Nawab juga menggubah lagu "Malaysia Truly Asia" dendangan Khadijah, yang dianggap ikon kepada lagu bertemakan pelancongan bagi mempromosikan Malaysia di persada antarabangsa, dipetik daripada Astro AWANI.

Allahyarham Ahmad Nawab pernah berkhidmat dengan Orkestra RTM selama 17 tahun dan memenangi pelbagai anugerah seperti Anugerah Merak Kayangan (Lagu Terbaik) bagi lagu ciptaan pertamanya Bintang Malam pada 1980.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan