Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Komitmen AS untuk lindung keselamatan Filipina, tidak berbelah bagi, kata Biden

Anggaran Waktu Membaca:
Komitmen AS untuk lindung keselamatan Filipina, tidak berbelah bagi, kata Biden

Presiden AS Joe Biden bercakap mengenai agenda ekonomi beliau ketika hadir di sebuah pusat latihan di Accokeek, Maryland, 19 April 2023. (Gambar: AP)

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden memberi jaminan kepada Presiden Ferdinand Marcos Junior, bahawa komitmen Washington ke atas pertahanan Filipina sangat kukuh.

Encik Marcos berada di Washington pada Selasa (2 Mei) untuk lawatan empat hari, iaitu yang pertama dilakukan seorang Presiden Filipina dalam tempoh sedekad.

Kedua-dua pemimpin prihatin tentang ketegangan yang meningkat dengan China, terutama berkaitan Taiwan dan Laut China Selatan.

"Menjadi lumrah untuk Filipina berpaling kepada satu-satunya rakan perjanjian di dunia ini untuk memperkukuh, menakrif semula hubungan yang terjalin serta peranan yang boleh kita mainkan dalam menghadapi ketegangan yang meningkat kini di sekitar Laut China Selatan dan rantau Asia Pasifik," kata Encik Marcos.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan mereka di Rumah Putih, kedua-dua pemimpin itu menekankan peri pentingnya memelihara keamanan dan kemantapan Selat Taiwan.

Mereka juga mengulangi iltizam tidak berbelah bagi demi kebebasan laluan perkapalan dan penerbangan di Laut China Selatan.

Presiden Biden dan Presiden Marcos turut mengesahkan semula Perjanjian Pertahanan Bersama 1951, di mana Amerika perlu bertindak jika Filipina diserang.

Selain itu, mereka juga sepakat ke atas garis panduan baru berhubung kerjasama lebih kukuh dalam bidang pertahanan dan ekonomi.

Ini termasuk penyelarasan lebih baik di darat, laut, udara, angkasa dan alam siber.

Washington akan turut mengirim tiga pesawat C-130 serta bot-bot peronda ke Filipina, sebagai sokongan terhadap usaha memodenkan peralatan tenteranya.
Sumber : Reuters/IQ/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan