Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kolam renang Britain berdepan risiko ditutup susuli kenaikan kos

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Beratus-ratus kolam renang di United Kingdom (UK) berdepan risiko ditutup ekoran kesan pandemik COVID-19 dan kenaikan mendadak harga tenaga, lapor akhbar Financial Times pada Sabtu (28 Mei).

Menurut akhbar itu, berenang, iaitu aktiviti fizikal paling popular di UK namun, sebelum pandemik badan induk kebangsaan renang, Swim England, menyatakan hampir separuh daripada 4,000 kolam di negara itu bakal ditutup menjelang 2030.

Penutupan itu kerana kolam renang menjadi usang dan proses membaik pulih memerlukan kos yang tinggi.

Ketua Swim England, Jane Nickerson, berkata jumlah kemudahan kolam renang yang bakal ditutup dijangka lebih tinggi berikutan peningkatan jumlah hutang akibat pandemik dan kenaikan harga tenaga antara 100 hingga 150 peratus sejak 2019.

injauan UKActive mendapati 85 peratus pengendali kolam renang awam menyatakan mereka akan mengurangkan perkhidmatan dalam tempoh enam bulan akan datang, manakala 63 peratus lagi berkemungkinan mengurangkan jumlah kakitangan.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan