Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kod QR diguna di 2 pintu masuk Johor mulai 1 Jun

Anggaran Waktu Membaca:
Kod QR diguna di 2 pintu masuk Johor mulai 1 Jun

(Gambar: Facebook/Fadillah Yusof)

JOHOR BAHRU: Sistem kaedah Kod Respons Pantas (QR) akan mula diguna pakai bagi pelepasan Imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) bermula 1 Jun ini.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Fadillah Yusof berkata, fasa pertama Sistem Kod QR bagi pelepasan Imigresen di CIQ menumpukan kepada penumpang bas rakyat Malaysia.

Manakala penunggang motosikal di KSAB menggunakan bukti konsep (POC) selama tempoh tiga bulan sebelum ia diperluaskan kepada pengguna kenderaan persendirian pada fasa kedua; rakyat Singapura (fasa ketiga) dan warganegara lain.

"Dimulakan untuk rakyat Malaysia dahulu kemudian baru diperluaskan  kepada yang lain kalau ‘bukti konsep’ ini berjaya.

"Dengan kod QR ini, maknanya semua rakyat Malaysia yang hendak ke Singapura kena muat turun aplikasi MySejahtera buat masa ini dan satu lagi melalui sistem MyTrip," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kesesakan di Tambak Johor Bil.1 2024, dan sesi lawatan ke  Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin BSI di Bilik Mesyuarat Gambir BSI di Johor Bahru pada Isnin (27 Mei).

Turut hadir dalam mesyuarat dan sidang media Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dan  Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Menangani Kesesakan Tambak Johor berkata, pelaksanaan kod QR tersebut akan mengurangkan tempoh menunggu pengguna bas BSI pada waktu puncak daripada 120 minit kepada 15 minit, manakala tempoh menunggu bas KSAB pula dapat dikurangkan daripada 90 minit kepada 15 minit.

Menurutnya, pengguna motosikal di BSI pula dapat mengurangkan waktu menunggu daripada 40 minit kepada 30 minit, manakala tempoh menunggu pengguna motosikal di KSAB pula dapat dikurangkan daripada 45 minit kepada 30 minit.
Berdasarkan statistik pada 2023, seramai 116 juta pendatang melalui kompleks CIQ di BSI dan KSAB, manakala sejak Januari tahun ini sehingga 15 Mei, seramai 53.8 juta pengembara dengan purata 398,000 sehari dicatat.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan