Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Koalisi Indonesia Maju pimpinan Prabowo dijangka menang besar Pilkada

Anggaran Waktu Membaca:
Koalisi Indonesia Maju pimpinan Prabowo dijangka menang besar Pilkada

(Gambar: ADITYA IRAWAN / AFP)

Diterbitkan : 28 Nov 2024 07:38AM Dikemas Kini : 28 Nov 2024 07:44AM
JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan parti-parti dalam Koalisi Indonesia Maju atau KIM Plus yang menyokong beliau, dijangka akan meraih kemenangan besar dalam Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) yang diadakan secara serentak di sejumlah wilayah pada Rabu (27 Nov).

Sungguhpun demikian, hasil hitung cepat bagi jawatan Gabenor Jakarta menunjukkan bahawa Encik Ridwan Kamil yang disokong oleh Presiden Prabowo, ketinggalan di belakang calon Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Pramono Anung buat masa ini.

Hasil hitung cepat menunjukkan Encik Ridwan memperolehi 40 peratus undi, Encik Pramono, sekitar 49.5 peratus undi dan calon bebas, Dharma Pongrekun mendapat 10.5 peratus undi.

Jika tiada calon yang meraih lebih daripada 50 peratus undi dalam keputusan rasminya kelak, pengundian pusingan kedua akan diadakan pada awal tahun depan bagi dua calon teratas.

Di wilayah-wilayah utama lain iaitu Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur dan Sumatera Utara, calon-calon Gabenor dari KIM Plus dijangka menang.

Jawa Tengah merupakan kubu tradisional PDI-P.

Bagaimanapun hasil hitung cepat bagi wilayah itu menunjukkan calon KIM Plus, Ahmad Luthfi meraih 60 peratus undi manakala calon PDI-P, Andika Perkasa, 40 peratus.

Keputusan rasmi dijangka akan diketahui selepas 16 Disember.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan