Klang Valley, Johor alami gangguan elektrik; bekalan dipulihkan semula secara berperingkat
Satu catatan oleh pengguna @dnyan6668 di wadah X yang menunjukkan gangguan bekalan elektrik dalam pusat beli-belah Pavilion Damansara Heights. (Gambar: X/@dnyan6668)
Malay Mail melaporkan bahawa pengguna media sosial memuat naik catatan yang menyatakan beberapa kawasan di Klang Valley terjejas oleh gangguan bekalan elektrik itu, termasuk kawasan seperti Bukit Damansara dan Mont Kiara.
Tempat-tempat popular seperti pusat beli-belah Mid Valley, pusat beli-belah Damansara Heights dan TRX dilaporkan terjejas oleh gangguan itu.
Dalam satu catatan Facebook, TNB Careline - iaitu kontak khidmat pelanggan bagi firma utliti itu menyatakan pasukan teknikalnya sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik ke kawasan terjejas secara berperingkat.
"Kami menghargai kesabaran anda dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku," menurutnya, sambil menambah bahawa kuasa yang terjejas ialah Loji Kuasa Edra.
Ia tidak memberikan butiran lanjut mengenai gangguan itu mahupun menyatakan berapa ramai isi rumah atau bangunan yang terjejas.
Dalam satu catatan Facebook kira-kira pukul 5.30 petang, firma itu menyatakan bekalan elektrik kembali pulih secara berperingkat di kawasan-kawasan seperti Sri Hartamas, Ampang dan Bukit Jalil di kawasan Klang Valley serta Pasir Gudang di Johor Bahru.
Para pengguna media sosial menulis catatan di platform X untuk berkongsi imej dan rakaman video lokasi-lokasi yang terjejas oleh gangguan itu.
"Kami mendengar bahawa banyak tempat (di negara ini) mengalami gangguan bekalan elektrik," menurut pengguna itu.
Para netizen juga membanjiri ruangan komen dalam catatan oleh TNB, menggesa supaya tindakan diambil.
"(Tiada) sebarang respons apabila saya menghubungi talian hotline mereka, bagaimana untuk membuat laporan kalau begitu?" soal pengguna Facebook yang bernama Sakura HoneySa.
TNB CareLine menyediakan beberapa talian hotline dan platform untuk para penduduk melaporkan sebarang gangguan bekalan elektrik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.