Skip to main content

Dunia

KL sedang bincang dengan S'pura SOP rentas sempadan bagi perjalanan 'belas ihsan'

Kementerian Luar Malaysia sedang mengadakan perbincangan dengan pemerintah Singapura berhubung prosedur operasi standard (SOP) rentas sempadan Malaysia-Singapura bagi membolehkan orang ramai melakukan perjalanan atas dasar belas ihsan seperti menziarah keluarga sakit.

Anggaran Waktu Membaca:
KL sedang bincang dengan S'pura SOP rentas sempadan bagi perjalanan 'belas ihsan'

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 03 Jan 2021 08:51PM Dikemas Kini : 03 Jan 2021 09:04PM

KLUANG: Kementerian Luar Malaysia sedang mengadakan perbincangan dengan pemerintah Singapura berhubung prosedur operasi standard (SOP) rentas sempadan Malaysia-Singapura bagi membolehkan orang ramai melakukan perjalanan atas dasar belas ihsan seperti menziarah keluarga sakit.

Menterinya Encik Hishammuddin Hussein berkata buat masa ini tiada SOP yang selaras berhubung perjalanan rentas sempadan atas dasar belas ihsan.

“Kita anggap mereka ini sebagai ‘compassionate groups’. Mereka yang hendak membuat lawatan kepada ibu, bapa atau keluarga yang sakit,” katanya yang ditemui pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Sembrong, di sini hari ini (3 Jan).

Menurut beliau, setakat ini SOP berhubung perjalanan atas dasar belas ihsan hanya secara ‘ad hoc’, dan sekiranya ada kes tertentu, orang ramai perlu membuat rayuan untuk merentas sempadan.

“Jadi, sekarang ini, saya sedang bincang dengan Singapura supaya ada SOP yang selaras untuk kes sebegitu (belas ihsan),” katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita