KKM tidak pernah memperaku sebarang produk, makanan boleh ganti ubat

Gambar: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak pernah memperaku mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubat-ubatan, termasuk insulin untuk merawat kencing manis serta mengawal gula dalam darah.
Perkara itu dimaklumkan KKM menerusi kenyataan di laman Facebook pada Selasa (19 April) bagi menjelaskan tindakan sebuah laman Facebook Myspringshop-US yang cuba mengelirukan orang ramai dengan mendakwa penjualan produk tehnya diiktiraf oleh kementerian berkenaan.
"Gambar yang digunakan merupakan gambar yang telah diubah suai daripada gambar asal,” menurut kenyataan KKM yang turut menyertakan gambar asal.
KKM menyeru masyarakat supaya tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan yang tidak diketahui kesahihannya. Ia juga mahu pengusaha atau pemilik produk lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan ke atas orang ramai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.