KKM & SPR bincang protokol benarkan rakyat positif COVID-19 keluar mengundi PRU15
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membangunkan protokol selamat untuk pengundi positif COVID-19 keluar mengundi pada hari Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
(Gambar hiasan: BERNAMA)
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membangunkan protokol selamat untuk pengundi positif COVID-19 keluar mengundi pada hari Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
āCOVID-19 akan berada dengan kita. Kalau kita nafikan hak mereka (pengundi positif) untuk mengundi, kita nafikan hak berperlembagaan,ā katanya dalam sidang media selepas melancarkan Laporan Tahunan 'Clinical Research Malaysia' (CRM) 2021 dan Laporan Projek Realisasi Fasa 1 (P1RP) di Putrajaya hari ini (21 Mac).
Sewaktu hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac lalu, seorang pengundi dikenakan kompaun RM1,000 (S$320) kerana hadir ke pusat mengundi walaupun masih dalam tempoh kuarantin selepas dijangkiti COVID-19.
Encik Khairy berkata KKM dan SPR sedang memikirkan langkah terbaik untuk pengundi positif COVID-19 keluar menjalankan tanggungjawab kepada negara.
āAda kata bagi mereka undi pos tetapi kalau dijangkiti COVID-19 sehari atau dua hari sebelum (hari mengundi) macam mana?
āJika mereka ingin pergi mengundi pula, siapa yang akan bawa mereka atau bawa mereka ke saluran mana? Adakah kita akan ada saluran khusus untuk pesakit COVID-19? Jadi perkara ni semua melibatkan masa sedikit,ā katanya.
Encik Khairy menambah kesihatan awam perlu dijadikan keutamaan penting apabila membincangkan soal PRU15 dan tarikh ia bakal diadakan.
āKita perlu cari masa paling sesuai iaitu masa dan tempoh risiko paling rendah untuk adakan PRU15 kerana ia libatkan ramai orang keluar berkempen dan mengundi,ā ujarnya.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata isu pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 akan dibincangkan dalam kalangan lima pemimpin utama UMNO atau disebut āTop Fiveā. Menurut beliau, jika UMNO yakin mampu menang, pilihan raya tidak akan dilengahkan walaupun sesaat.
Sementara itu, Encik Khairy berkata KKM sedang mengkaji kesan varian COVID-19 jenis Omicron BA.2 di Malaysia.
āSekarang kita berdepan Omicron BA.2 dan bagaimana kesannya terhadap satu-satu kes dan kesan serius sedang dikaji supaya kita dapat buat satu rumusan ke arah menuju pandemik,ā katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.