Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'KJ pemimpin bijak, kalau berminat boleh buat permohonan sertai Bersatu', kata Muhyiddin

Anggaran Waktu Membaca:
PAGOH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedia membuka ruang dan mempertimbangkan sekiranya ada pemimpin UMNO yang dipecat mahu menyertai mereka.

Presidennya, Muhyiddin Yassin berkata perkara itu akan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu lebih-lebih lagi apabila melibatkan permohonan penyertaan daripada pemimpin UMNO seperti bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Menyifatkan Encik Khairy sebagai seorang pemimpin yang berkaliber, ujarnya, bekas Ketua Pemuda UMNO itu boleh mengemukakan permohonan beliau sekiranya berhasrat untuk berbuat demikian.

“Khairy ini orang bijak pandai dan banyak orang suka. Tetapi tidak mengapa semua (yang dipecat) ini saya kenal (jadi) terserah kepada mereka kalau mereka rasa sesuai untuk (sertai Bersatu).

“Bukan saya nak memuji, tetapi ketika beliau (Khairy) bersama saya dan kerajaan dahulu saya lantik beliau jadi menteri walaupun parti tidak menamakan beliau dulu. Jadi, kita kenal beliau bijak orangnya dan politik pun boleh tahan matang.

“Kalau Khairy berhasrat untuk bersama menyertai (Bersatu), beliau boleh buat permohonan, berbincang dan kita akan pertimbangkan secara baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina, Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh pada Sabtu (28 Jan).

Semalam, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan Encik Khairy dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar dipecat daripada parti.

UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden Hishammuddin Hussein, dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan