Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kim Jong Un usul lebih banyak pertemuan dengan Presiden Korea Selatan

Seoul mengumumkan pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong Un mahu mengadakan lebih banyak pertemuan dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae tahun depan, bagi mencapai matlamat memansuhkan program nuklear Pyongyang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Dec 2018 07:08PM Dikemas Kini : 30 Dec 2018 09:37PM

SEOUL: Seoul mengumumkan pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong Un mahu mengadakan lebih banyak pertemuan dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in tahun depan, bagi mencapai matlamat memansuhkan program nuklear Pyongyang.

Menurut pejabat Presiden Moon, pemimpin Pyongyang itu melahirkan hasratnya itu dalam sepucuk surat rasmi.

Mengalu-alukan kemajuan yang sudah dicapai kedua-dua pihak dalam hubungan dua hala, Encik Kim menghantar surat kepada Presiden Moon hari ini (30 Dis), sempena kemajuan baik yang tercapai mengenai usaha berbaik-baik di Semenanjung Korea tahun ini.

Dalam suratnya itu, Encik Kim meminta maaf kerana rancangannya untuk melawat Seoul tahun ini, tidak kesampaian seperti yang sudah dipersetujui dalam sidang puncak mereka, September lalu.

Encik Kim bagaimanapun melahirkan "iltizam yang kukuh" untuk mengadakan lawatan ke Korea Selatan pada masa depan.

Kedua-dua orang pemimpin bertemu tiga kali tahun ini dan Encik Kim juga menemui Presiden Amerika Donald Trump di Singapura, Jun lalu.

Sumber : Reuters/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan