Skip to main content

Dunia

Kim Jong Un tiba di Rusia bagi sidang puncak bersama Putin

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un tiba di bandar Rusia, Vladivostok pada Rabu (24 Apr), bagi menghadiri sidang puncak dengan Presiden Vladimir Putin yang bertujuan menggembleng sokongan antarabangsa di tengah-tengah kebuntuan rundingan dengan Washington berhubung isu nuklear.

Anggaran Waktu Membaca:
Kim Jong Un tiba di Rusia bagi sidang puncak bersama Putin

Kim Jong Un tiba di Rusia bagi sidang puncak bersama Vladimir Putin (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 24 Apr 2019 07:37PM Dikemas Kini : 24 Apr 2019 07:39PM

SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un tiba di bandar Rusia, Vladivostok pada Rabu (24 Apr), bagi menghadiri sidang puncak dengan Presiden Vladimir Putin yang bertujuan menggembleng sokongan antarabangsa di tengah-tengah kebuntuan rundingan dengan Washington berhubung isu nuklear.

Awal hari ini Encik Kim singgah di bandar sempadan Khasan, di Rusia.

Encik Kim diberi roti, garam dan jambangan bunga dalam satu upacara simbolik bagi mengalu-alukan ketibaannya.

Kedua-dua pemimpin akan bertemu buat pertama kalinya esok.

Kremlin menyatakan rundingan tersebut dijangka tertumpu pada soal membebaskan Semenanjung Korea daripada senjata nuklear.

Encik Kim dijangka berada di Rusia sehingga Jumaat ini.

Sidang puncaknya dengan Presiden Putin dikatakan peluang bagi Encik Kim untuk menunjukkan bahawa jangkauan diplomatik Korea Utara melampaui Korea Selatan, China dan Amerika Syarikat.

Pyongyang sedang berusaha merapatkan hubungan dengan sekutunya, Rusia di tengah-tengah kebuntuan dalam soal nuklear dengan Amerika.

Encik Kim juga sedang berusaha mendapatkan bantuan bagi memajukan agenda ekonominya yang tergugat oleh sekatan PBB.

Para pakar mengatakan selepas kegagalan sidang puncak Trump-Kim di Hanoi Februari lalu, Mosko mungkin memainkan peranan lebih besar bagi memecahkan kebuntuan berhubung isu nuklear.

Sumber : Reuters/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita