Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kim Jong Un tiba di Hanoi dengan menaiki kereta api sejauh 4,000 kilometer merentasi China

Persiapan sedang berjalan lancar bagi sidang puncak antara pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu (27 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Feb 2019 05:36PM Dikemas Kini : 26 Feb 2019 09:04PM

HANOI: Persiapan sedang berjalan lancar bagi sidang puncak antara pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu (27 Feb).

Encik Kim kini di Hanoi, Vietnam untuk mengadakan sidang puncak kali kedua itu.

Rombongan Encik Kim tiba di Hanoi sekitar 10.50 pagi tadi (26 Feb).

Beliau diiringi ketua perunding bagi isu nuklear, Kim Yong Chol, adik perempuannya Kim Yo Jong, serta beberapa pegawai kanannya.

Encik Kim tiba dengan menaiki kereta api sejauh 4,000 kilometer merentasi negara China.

Beliau merupakan pemimpin Korea Utara yang pertama melawat Vietnam sejak 1964.

Presiden Trump pula dijangka akan tiba di Hanoi lewat malam ini (26 Feb).

Menurut Rumah Putih, kedua-dua pemimpin itu akan mengadakan pertemuan ringkas empat mata sebelum satu jamuan malam petang esok (27 Feb).

Rundingan-rundingan rasmi akan diadakan pada hari Khamis ini (28 Feb).

Presiden Trump dan Encik Kim dijangka akan memberi tumpuan terhadap program pelucutan senjata nuklear di Semenanjung Korea semasa sidang puncak tersebut.

Mereka bertemu buat kali pertama dalam satu sidang puncak di Singapura, Jun lalu.

Namun, sidang puncak itu berakhir dengan perisytiharan yang tidak begitu jelas.

Kali ini, Washington dijangka akan cuba melakarkan huraian-huraian yang lebih kukuh dengan Pyongyang, berhubung pelucutan program senjata nuklear.

Sumber : Agensi berita/MM/il
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan