Skip to main content

Dunia

Kim Jong Un tiba di Beijing, ketika China dan AS bahas perang dagang

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un tiba di Beijing hari ini (8 Jan) atas undangan Presiden China Xi Jinping. Ini merupakan kali keempat Encik Kim mengadakan pertemuan dengan pemimpin China itu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Jan 2019 06:48PM Dikemas Kini : 09 Jan 2019 01:20AM

BEIJING: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un tiba di Beijing hari ini (8 Jan) atas undangan Presiden China Xi Jinping. Ini merupakan kali keempat Encik Kim mengadakan pertemuan dengan pemimpin China itu.

Pagi tadi, konvoi Encik Kim kelihatan di jalan-jalan raya Beijing, dalam perjalanan ke pertemuan beliau dengan Presiden Xi.

Kim menaiki kereta api privet ke Beijing bersama isteri dan para pegawai kanan Pyongyang, termasuk menteri luar dan ketua perunding Korea Utara.

Lawatan yang dijadualkan selama empat hari ini diadakan ketika Encik Kim menyambut ulang tahunnya ke-35 hari ini (8 Jan).

Dalam ucapannya, Encik Kim berkata beliau bersedia bertemu dengan Presiden Amerika Donald Trump. Tetapi beliau juga memberi amaran tentang kemungkinan Pyongyang mengambil laluan alternatif jika sekatan dan tekanan ke atas Korea Utara diteruskan.

Baru semalam (7 Jan), Setiausaha Negara Amerika Mike Pompeo memuji-muji China atas sokongan terhadap usaha menghuraikan krisis Korea Utara.

Encik Pompeo juga mengatakan beliau tidak percaya pertikaian dagangan antara China dengan Amerika akan menjejas isu program nuklear Korea Utara.

Pertemuan para pemimpin China dan Korea Utara ini juga diadakan ketika rundingan sedang dijalankan bagi persidangan kedua antara Encik Kim dengan Presiden Trump.

Menurut para pengamat, China mungkin menggunakan lawatan Encik Kim ke Beijing sebagai satu kelebihan untuknya bagi rundingan dagangan dengan Amerika di Beijing sekarang, yang masuk hari kedua, hari ini. Tetapi ada juga yang melihatnya sebagai sekadar satu kebetulan saja.

Sumber : AFP/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita