Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kim Jong Un 'tayang' anak perempuan di pelancaran peluru berpandu balistik

Anggaran Waktu Membaca:
Kim Jong Un 'tayang' anak perempuan di pelancaran peluru berpandu balistik

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, dilihat bergandingan bersama dengan anak perempuannya. (Gambar: KCNA VIA KNS / AFP)

Diterbitkan : 19 Nov 2022 05:10PM Dikemas Kini : 19 Nov 2022 05:11PM
SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, dilihat bergandingan bersama dengan anak perempuannya buat kali pertama ketika menyelia ujian peluru berpandu balistik antara benua terbaru Pyongyang.

Demikian dilaporkan media negara pada Sabtu (19 Nov).

Beliau mengisytiharkan akan bertindak balas terhadap ancaman nuklear Amerika Syarikat (AS) dengan senjata nuklearnya sendiri.

Encik Kim menyelia pelancaran peluru berpandu hitam-putih itu pada Jumaat (18 Nov), menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA). Peluru berpandu Hwasong-17 itu, digelar "peluru berpandu raksasa" oleh pengamat.

Pelancaran peluru berpandu itu berjaya dilakukan, menurut KCNA sambil menambah bahawa "ujian pelancaran itu membuktikan kebolehpercayaan sistem senjata strategik utama baru".

KCNA melaporkan bahawa Encik Kim hadir di pelancaran itu "bersama dengan anak perempuan dan isteri tersayang", menunjukkan gamba Encik Kim ditemani seorang budak perempuan berkot putih dan kasut merah ketika mereka jalan di depan peluru berpandu besar berkenaan.

Media negara Pyongyang tidak pernah menyebut anak-anak Encik Kim dan kehadirannya itu adalah pengesahan rasmi bahawa beliau ada anak perempuan, menurut pakar.

"Kita sudah melihat sendiri generasi keempat keluarga Kim. Dan anak perempuannya -- bersama-sama dengan adik-beradik yang lain -- pasti akan dibimbing bapa mereka", katanya.

Encik Kim dipercayai mempunyai seramai tiga orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki, kata pakar.

Pelancaran peluru berpandu balistik terbaru pada Jumaat menunjukkan "kuasa nuklear DPRK sudah mencapai satu lagi tahap kepercayaan dan kapasiti maksimum untuk membendung sebarang ancaman nuklear", menurut KCNA.
Sumber : AFP/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa