Skip to main content

Dunia

Kim Jong Un pecat pegawai tentera kedua paling berkuasa

Anggaran Waktu Membaca:
Kim Jong Un pecat pegawai tentera kedua paling berkuasa

Gambar fail pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. (Gambar: KCNA/KNS/AFP/STR)

SEOUL: Korea Utara memecat Pak Jong Chon, pegawai tentera kedua paling berkuasa selepas Kim Jong Un, lapor media negara itu.

Encik Pak, Naib Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat Parti Pekerja dan setiausaha Jawatankuasa Parti itu, digantikan dengan Ri Yong Gil di mesyuarat tahunan jawatankuasa itu minggu lalu, lapor agensi berita rasmi KCNA pada Ahad (1 Jan).

Tiada alasan diberikan tentang perubahan itu. Pyongyang kerap merombak kepimpinannya dan perhimpunan parti akhir tahun sering digunakan untuk mengumumkan rombakan kakitangan dan keputusan dasar utama.

Suruhanjaya Tentera Pusat parti itu, yang diketuai oleh Encik Kim, dianggap sebagai badan pembuat keputusan ketenteraan paling berkuasa di negara itu, di atas Kementerian Pertahanan.

Penggantian Encik Pak dibuat ketika Kim mengarahkan pembangunan peluru berpandu balistik antara benua yang baru serta senjata nuklear yang lebih besar untuk menentang Amerika Syarikat (AS dan Korea Selatan sebagai kunci kepada strategi pertahanan 2023 negara terpencil itu.

Pak dengan pantas dinaikkkan pangkat daripada komander artileri satu bintang pada 2015 kepada jeneral empat bintang pada 2020, dan mendapat pujian kerana menyumbang kepada kemajuan dalam teknologi peluru berpandu jarak dekat negara.

Pada penghujung 2020, Pak dinaikkan pangkat ke biro politik dan mendapat gelaran marshal, pangkat tentera tertinggi di bawah Kim, dan menjadi suara utama November lalu menentang latihan ketenteraan bersama Korea Selatan-AS.

Oh Gyeong-sup, seorang felow di Institut Penyatuan Kebangsaan Korea di Seoul, berkata ketegangan antara Korea Selatan dan Korea utara baru-baru ini mungkin disebabkan pencerobohan dron Korea Utara ke Selatan.

Para pegawai di Seoul berkata Korea Selatan menghantar tiga dron melintasi sempadan sebagai tindak balas kepada pencerobohan itu, tetapi tiada tindak balas daripada Korea Utara, yang menurut Oh mungkin bermakna ia gagal mengesan pesawat itu.

"Pak mungkin telah mengambil tanggungjawab atas kegagalan operasi keselamatan itu," kata Encik Oh.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita