Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kim Jong Un isytihar Korea Utara menang dalam perang lawan COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mengisytiharkan kemenangan dalam perang negaranya melawan koronavirus.

Beliau juga mengarahkan agar langkah-langkah maksimum antiepidemik, yang dilaksanakan pada Mei, ditarik balik, menurut laporan media negara KNCA pada Khamis (11 Ogos).

Korea Utara bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah kes jangkitan yang disahkan dan dikesan. Namun sejak 29 Julai ia melaporkan tiada kes baru yang disyaki COVID-19, yang disifatkan pertubuhan-pertubuhan bantuan antarabangsa sebagai menggunakan keupayaan ujian yang terhad, menurut Reuters.

Encik Kim berkata kadar rasmi kematian Korea Utara, iaitu 74 orang, adalah "keajaiban yang belum pernah berlaku sebelum ini" berbanding negara-negara lain, lapor KCNA.

Para pakar berkata jumlah kes di Korea Utara itu mungkin tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Perisytiharan kemenangan itu dibuat meskipun negara tersebut tidak menjalankan sebarang program vaksinasi yang diketahui.

Sebaliknya, negara itu menyatakan ia bergantung kepada perintah berkurung, rawatan menggunakan ubat-ubatan buatan sendiri dan apa yang disifatkan oleh Encik Kim sebagai "sistem sosialis canggih cara Korea".
Sumber : Agensi berita/NK/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan