Skip to main content

Dunia

Kim Jong Un ikrar tingkatkan berkali ganda keupayaan nuklear Korea Utara

Pengeluaran bahan nuklear gred senjata oleh Korea Utara meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh lima tahun lalu, kata pemimpin negara itu Kim Jong Un pada Rabu (3 Jun), sambil berikrar untuk meningkatkan keupayaan nuklear ketenteraan negara tersebut secara "berlipat kali ganda".

Anggaran Waktu Membaca:
Kim Jong Un ikrar tingkatkan berkali ganda keupayaan nuklear Korea Utara

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menyampaikan ucapan semasa Sesi Pertama Perhimpunan Rakyat Tertinggi ke-15 di Dewan Perhimpunan di Pyongyang. (Gambar fail: AFP/KCNA)

Diterbitkan : 04 Jun 2026 10:33AM
SEOUL: Pengeluaran bahan nuklear gred senjata oleh Korea Utara meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh lima tahun lalu, kata pemimpin negara itu Kim Jong Un pada Rabu (3 Jun), sambil berikrar untuk meningkatkan keupayaan nuklear ketenteraan negara tersebut secara "berlipat kali ganda".

Semasa melakukan lawatan ke sebuah kemudahan baharu pengeluaran bahan nuklear, Encik Kim berkata Korea Utara sudah mengesahkan satu "pelan masa depan yang bercita-cita tinggi untuk memperkukuh angkatan nuklear negara kita pada kadar berlipat kali ganda", lapor agensi berita negara Korean Central News Agency (KCNA) pada Khamis.

Korea Utara melihat senjata nuklearnya sebagai perlindungan daripada sebarang serangan oleh pasukan Korea Selatan dan tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.

Mengenai peningkatan yang dirancang itu, Encik Kim berkata: "Ini menandakan satu perubahan yang menakjubkan dan berjaya, yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, satu peristiwa bersejarah yang telah mewujudkan pencapaian penting dalam usaha meningkatkan keupayaan nuklear kami dengan pantas."

Menolak tekanan daripada Amerika Syarikat, Korea Utara menegaskan bahawa ia tidak akan melepaskan senjata nuklearnya dan menyifatkan hala tuju tersebut sebagai "tidak boleh diubah".

Pyongyang menarik diri daripada Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) pada 1993 dan sejak itu sudah menjalankan enam ujian nuklear, yang menyebabkan negara itu dikenakan pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Korea Utara juga dipercayai memiliki berpuluh-puluh kepala peledak nuklear.
Sumber : AFP/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita