Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kim Jong Un gesa kuatkan pasukan tentera strategik, saksikan ujian peluru berpandu hipersonik

Anggaran Waktu Membaca:
Kim Jong Un gesa kuatkan pasukan tentera strategik, saksikan ujian peluru berpandu hipersonik

Pelancaran peluru berpandu hipersonik di Korea Utara pada 11 Januari 2022. (Gambar: STR/AFP/KCNA via KNS)

Diterbitkan : 12 Jan 2022 11:03AM Dikemas Kini : 12 Jan 2022 11:16AM

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un Korea Utara menyaksikan sendiri ujian peluru berpandu hipersonik negaranya semalam, menurut media negara itu pada Rabu (12 Jan). Menyifatkannya sebagai "berjaya", ia merupakan pelancaran peluru berpandu hipersonik yang kedua dalam kurang seminggu.

Rabu lepas, Korea Utara berkata ia berjaya menguji peluru berpandu hipersonik yang mengenai sasaran sejauh 700 kilometer dengan tepat.

Ini adalah kali pertama dalam masa hampir dua tahun, Encik Kim datang ke tempat ujian peluru berpandu.

Beliau menggesa saintis negaranya supaya mempercepatkan usaha untuk mengukuhkan pasukan tentera strategik, baik dari segi jumlah mahupun mutunya.

Encik Kim juga mahu usaha diteruskan bagi memodenkan tentera darat Korea Utara.

Dalam ucapan sempena Tahun Baru, Encik Kim berikrar akan mengukuhkan tentera Korea Utara menerusi penerapan teknologi canggih memandangkan kebuntuan dalam rundingan dengan Korea Selatan dan Amerika Syarikat sekarang.

Peluru berpandu itu mengena "sasaran di laut sejauh 1,000 kilometer", menurut agensi berita rasmi KCNA.

Ujian terbaru itu dilakukan sehari selepas Amerika Syarikat, Perancis, Ireland, Jepun, United Kingdom dan Albania mengeluarkan kenyataan bersama mengecam pelancaran minggu lalu.

Selain Korea Selatan, Rusia, Amerika Syarikat dan China juga telah berjaya menguji pelancaran peluru berpandu hipersonik.

Sumber : AFP/SU/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa