Kim Jong Un dijangka berlepas hari ini bagi lawatan rasmi ke Vietnam
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dijangka berlepas lewat petang ini (23 Feb) bagi memulakan lawatan rasmi ke Vietnam dan menghadiri sidang puncak kedua dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. (Gambar: Reuters/KCNA)
HANOI: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dijangka berlepas lewat petang ini (23 Feb) bagi memulakan lawatan rasmi ke Vietnam dan menghadiri sidang puncak kedua dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Beliau dipercayai akan menaiki kereta api dan tiba di Beijing esok (24 Feb), di mana Encik Kim akan bertemu dengan para pemimpin China, sebelum meneruskan perjalanan ke Hanoi.
Encik Kim kemudian akan menaiki kereta api ke stesen Dong Dang dekat dengan sempadan China, sebelum meneruskan perjalanan 170 kilometer ke Hanoi dengan menaiki kereta.
Pemimpin Korea Utara itu juga dijadualkan mengunjungi dua wilayah Vietnam untuk meninjau pembangunan ekonomi negara itu pasca peperangan.
Perjalanan keretapi dari Pyongyang ke Hanoi menerusi China mengambil masa sekitar tiga hari.
Sidang puncak Trump-Kim dijadualkan diadakan pada 27 dan 28 hari bulan ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.