Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kim Jong Un dedah matlamat baru tentera di mesyuarat parti pemerintah Korea Utara

Anggaran Waktu Membaca:
Kim Jong Un dedah matlamat baru tentera di mesyuarat parti pemerintah Korea Utara

(Gambar fail: STR/KCNA via KNS/AFP)

SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mendedahkan matlamat baru bagi tentera negara itu tahun depan sewaktu mesyuarat Parti Pekerja yang memerintah, lapor media tempatan pada Rabu (28 Dis). Ia sekali gus memberi bayangan mengenai ujian senjata intensif dan ketegangan untuk setahun lagi.

Pada hari kedua Mesyuarat Pleno Keenam Diperluaskan Jawatankuasa Pusat ke-8 parti itu, Encik Kim mengkaji semula "keadaan mencabar yang baru diwujudkan" di semenanjung Korea dan landskap politik yang lebih luas, menurut laporan tersebut seperti dipetik Reuters. 

Ia menambah, pemimpin generasi ketiga itu menetapkan hala tuju bagi "perjuangan anti-musuh" dan matlamat untuk memperkukuh kuasa pertahanan.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Encik Kim mengadakan perhimpunan parti selama beberapa hari pada akhir tahun untuk mengumumkan keputusan dasar utama.

Ekonomi Korea Utara terus menjadi tumpuan utama dengan Encik Kim menghadapi tekanan yang semakin meningkat daripada sekatan antarabangsa.

Ia disebabkan bantahan terhadap perintah berkurung bagi mengekang COVID-19 dan bencana alam.

Sumber : Reuters/LL/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan