Skip to main content

Dunia

Kim Jong Un adakan mesyuarat tinggi parti jelang tarikh akhir AS

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mengadakan satu pertemuan Parti Pekerja yang memerintah - sesuatu yang jarang sekali dilakukan. Ia diadakan menjelang berakhirnya tempoh yang diberikan Pyongyang kepada Washington agar kembali ke meja rundingan berhubung program nuklear Korea Utara.

Anggaran Waktu Membaca:
Kim Jong Un adakan mesyuarat tinggi parti jelang tarikh akhir AS

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un berucap di Mesyuarat Pleno Kelima pada 28 Dis 2019. (Gambar: KCNA menerusi REUTERS)

Diterbitkan : 29 Dec 2019 06:10PM Dikemas Kini : 29 Dec 2019 06:14PM

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mengadakan satu pertemuan Parti Pekerja yang memerintah - sesuatu yang jarang sekali dilakukan. Ia diadakan menjelang berakhirnya tempoh yang diberikan Pyongyang kepada Washington agar kembali ke meja rundingan berhubung program nuklear Korea Utara.

Menurut media rasmi Pyongyang, KCNA, Encik Kim dan para pegawai kanan parti membincangkan isu-isu penting termasuk pertahanan Korea Utara.

Sesi pleno pertemuan itu dibuka pada Sabtu (28 Dis) di tengah-tengah khabar angin bahawa Pyongyang sedang membuat persiapan untuk melancarkan satu ujian peluru berpandu.

Mesyuarat Parti Pekerja Korea Utara itu dijangka berterusan beberapa hari.

Menurut seorang pakar, mesyuarat tersebut melambangkan perubahan besar terhadap dasar Pyongyang.

Sebelum ini, Pyongyang pernah menyatakan akan memberikan 'hadiah' Krismas kepada Washington.

Ini sebagai ancaman kepada Amerika agar melonggarkan sekatan-sekatan ke atas Korea Utara.

Namun 'hadiah' tersebut tidak menjadi kenyataan.

Sumber : AFP/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita