Kim hantar pesanan ke Trump berhubung rundingan nuklear: Laporan
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menghantar satu "utusan berdamai" kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di tengah-tengah rundingan nuklear yang tergendala, menurut laporan akhbar Korea Selatan Chosun Ilbo pada Isnin (Dec 31).
SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menghantar satu "utusan berdamai" kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di tengah-tengah rundingan nuklear yang tergendala, menurut laporan akhbar Korea Selatan Chosun Ilbo pada Isnin (Dec 31).
Pesanan Encik Kim dalam "bentuk seperti surat" itu dihantar pada Jumaat menerusi saluran yang tidak didedahkan, menurut akhbar tersebut yang menukil sumber diplomatik yang namanya tidak didedahkan. Laporan tersebut juga tidak memberikan butiran berhubung isi kandungan surat itu namun menyatakan ia ada kaitan dengan rundingan antara Amerika Syarikat dengan Korea Utara.
Pada Ahad, pejabat Presiden Korea Selatan Moon Jae-in menyatakan Encik Kim menulis surat kepada rakan sejawatannya di Seoul yang berkata beliau ingin mengadakan lebih banyak sidang puncak antara kedua-dua Korea tahun depan ke arah mencapai sebuah semenanjung Korea yang bebas nuklear.
Semasa dihubungi Reuters, Jabatan Negara Amerika Syarikat serta Kedutaannya di Seoul tidak memberi sebarang komen berhubung laporan mengenai mesej Encik Kim kepada Encik Trump itu.
Di sidang puncak dengan Encik Trump di Singapura, Encik Kim berkirar untuk berusaha ke arah pelucutan nuklear.
Namun kedua-dua pihak menghadapi cabaran mencapai kemajuan berhubung isu tersebut. Kedua-dua pihak juga belum menetapkan semula tarikh pertemuan antara Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo dengan pegawai kanan Korea Utara Kim Yong Chol selepas pertemuan tersebut dibatalkan pada saat-saat terakhir pada November.
Rundingan yang tertunggak itu menjejas hubungan antara kedua-dua Korea. Antara lain, rancangan Encik Kim untuk ke Seoul tahun ini belum dipenuhi seperti yang dipersetujui di sidang puncak di Pyongyang pada September.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.