Kilang Kobayashi di Jepun disiasat susuli kematian dikait dengan suplemen kesihatan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Laman Farmaseutikal Kobayashi dan Agensi Makanan Singapura
TOKYO: Pegawai kesihatan Jepun sedang melakukan siasatan ke atas kilang farmaseutikal Kobayashi pada Sabtu (30 Mac). Ini selepas syarikat pembuat ubat itu melaporkan lima kematian yang berkemungkinan berkait dengan suplemen pemakanan yang menggunakan beras ragi merah, lapor seorang pegawai.
Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan serta Bandar Osaka menjalankan pemeriksaan bersama ke atas kilang tersebut di Osaka, yang telah mengeluarkan suplemen yang mengandungi bahan bernama beras ragi merah, atau "beni koji". Bahan itu disyaki menjejas teruk kesihatan mangsa, menurut pegawai kementerian itu.
Rakaman yang disiarkan di berita tempatan menunjukkan para pegawai yang memasuki kilang berkenaan, dan menurut pegawai itu, kementerian tersebut boleh menyiasat lokasi berkaitan yang lain.
Syarikat yang berpangkalan di Osaka itu belum dapat dihubungi untuk mengulas.
Syarikat Kobayashi menyatakan pada Jumaat bahawa pihaknya sedang menyiasat satu kes yang disyaki mempunyai kaitan antara produk itu dan kesannya terhadap buah pinggang berkenaan selepas pihaknya menerima laporan penyakit buah pinggang yang dikaitkan dengan produk tersebut.
Setakat Khamis lalu, seramai 114 individu telah dimasukkan ke hospital dan lima dilaporkan meninggal dunia selepas mengambil suplemen tersebut, yang bertujuan untuk menurunkan kadar kolesterol, menurut syarikat itu.
Syarikat Kobayashi menjelaskan bahawa pihaknya sedang meneliti kesan pendapatan berhubung isu yang kini sedang membelenggu syarikat itu.
Syarikat tersebut telah menarik balik produk yang mengandungi bahan Beni-Koji dalam beberapa hari kebelakangan ini selepas menerima laporan penyakit buah pinggang.
Sebuah persatuan pengguna China menggesa para pengguna berhenti menggunakan produk yang terjejas, sambil menekankan ia bimbang tentang risiko produk Kobayashi, lapor media kerajaan pada Jumaat.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.