Kilang eksport ikan sardin RM16 juta akan dibina di Tok Bali
Sebuah kilang memproses ikan sardin untuk dieksport bernilai RM16 juta (S$5.1 juta) bakal dibina di Tok Bali sekali gus dapat merancakkan pembangunan di kawasan berkenaan.
(Gambar: BERNAMA)
PASIR PUTEH: Sebuah kilang memproses ikan sardin untuk dieksport bernilai RM16 juta (S$5.1 juta) bakal dibina di Tok Bali sekali gus dapat merancakkan pembangunan di kawasan berkenaan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata peruntukan itu akan digunakan untuk membina bangunan kilang, mesin, peralatan, operasi dan kapal penangkapan.
“Sebelum ini, sebahagian ikan sardin akan ditempatkan di pelabuhan Tok Bali dan dieksport ke Thailand untuk diproses di sana, jadi apabila kita memiliki kilang ikan sardin sendiri ia dapat membantu ekonomi nelayan di sini.
“Kilang ini akan dibina berhampiran dengan kilang air batu yang dijangka beroperasi dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Pangkalan MyKomuniti Perikanan (MyKp) di Kampung Pachakan dekat Semerak hari ini (13 Feb).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.