Skip to main content

Dunia

Kian ramai penduduk Jakarta hapus sisa cara lebih berkesan; pilih kaedah yang jana manfaat lanjut

Lebih ramai penduduk Jakarta kini membuang dan mengasingkan sampah di rumah dengan betul sedang mereka menghabiskan lebih banyak masa di rumah di tengah-tengah sekatan pergerakan untuk membendung penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Kian ramai penduduk Jakarta hapus sisa cara lebih berkesan; pilih kaedah yang jana manfaat lanjut
Diterbitkan : 15 Jul 2021 08:35PM Dikemas Kini : 15 Jul 2021 08:37PM

JAKARTA: Lebih ramai penduduk Jakarta kini membuang dan mengasingkan sampah di rumah dengan betul sedang mereka menghabiskan lebih banyak masa di rumah di tengah-tengah sekatan pergerakan untuk membendung penularan COVID-19.

BERITAmediacorp meninjau bagaimana isi rumah di ibu kota Indonesia itu menghapuskan sisa dengan lebih berkesan di tengah-tengah pandemik.

Kaedah utama mereka ialah dengan memanfaatkan larva atau belatung nyamuk. Mungkin kelihatan menjijikkan, namun ia sebenarnya kawan, bukan musuh.

Belatung nyamuk ini sebenarnya memakan apa saja bahan sisa organik menjadikannya bahan protin bermutu tinggi.

Ia tidak berhenti makan dengan satu kilogram belatung boleh menghabiskan sekitar 100 kilogram sampah organik dalam hanya 18 hari.

Para penduduk di daerah Ciracas, Jakarta Timur, mengambil masa dua bulan untuk membina ladang mereka sebelum membiak larva itu pada Mac lalu.

Ladang seluas 200 meter persegi itu adalah salah satu hasil program KSBB Persampahan yang dilancarkan pemerintah Jakarta tahun ini bagi menggalakkan masyarakat memainkan peranan memperbaiki amalan pengurusan sisa.

Related article image

Para penduduk menghantar sisa organik seperti nasi, buah dan sayuran ke ladang ini sebagai makanan untuk belatung nyamuk itu.

Larva dan sisa yang dihasilkan kaya dalam protin dan boleh dijual pada harga sekitar AS$0.50 (S$0.70) sekilogram sebagai bahan makanan untuk ayam, itik atau ikan.

"Kalau sudah mencintai ulat kecil, satu kepala keluarga akan saya kasi satu baskum ini untuk membesarkan, jadi kasi telurnya. Boleh jadi penghasilan tambahan, hampir 50 ribu Rupiah (S$4.70) mereka dapat dalam 18 hari," kata Doni Heryanto, Ketua Kampung, Daerah Ciracas, Jakarta Timur.

Para penduduk Ciracas kini sedang memastikan minyak masak yang telah digunakan tidak terbuang begitu saja.

Related article image

Para sukarelawan kini mengumpulkan minyak masak terpakai yang dijual kepada syarikat-syarikat biodisel untuk menghasilkan bahan pembakar.

Sekitar 30,000 liter minyak masak terpakai telah dikumpulkan sejak pelancaran program KSBB Persampahan.

Yayasan Tunasmuda yang memimpin program di Jakarta Timur ini menyatakan lebih 30,000 orang telah menyertai program tersebut.

"Ternyata animo semangat masyarakat untuk berkolaborasi membangun Jakarta, khususnya di bidang lingkungan kebersihan sampah ini sangat tinggi," kata Hendra Piliang, Pengasas Yayasan Tunasmuda.

Related article image

Sisa perubatan juga semakin menimbun di rumah-rumah sejak pandemik COVID-19 tetapi para penduduk di Jakarta sedang memainkan peranan untuk membuang pelitup muka dan sarung tangan pembedahan dengan betul.

Menurut Agensi Sekitaran Jakarta, hampir 500 kilogram sisa perubatan dikumpulkan antara Januari hingga Mei lalu.

"Peranan masyarakat untuk mula memilih dan dipisahkan di wadah khusus tapi diberi tanda misalnya ini sampah B3 perubatan sehingga petugas boleh memilih dan pisahkannya dan mengumpulnya sendiri nanti," kata Yogi Ikhwan, Ketua Kaunseling & PR, Agensi Sekitaran Jakarta.

Visi Indonesia adalah mengurangkan bahan sisa sebanyak 30 peratus menjelang 2025.

Usaha bersama masyarakat untuk mengasingkan dan menguruskan bahan sisa di rumah diharap akan membantu Indonesia mencapai wawasan tersebut. 

Sumber : BERITA Mediacorp/SB/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita