Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Khutbah Hari Arafah diterjemah ke dalam 10 bahasa

Khutbah Hari Arafah akan diterjemahkan ke dalam 10 bahasa dalam usaha untuk menyampaikan mesej Islam kepada khalayak yang lebih luas.

Anggaran Waktu Membaca:
Khutbah Hari Arafah diterjemah ke dalam 10 bahasa

Gambar fail para jemaah haji berwukuf di Arafah. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 24 Jul 2020 09:59PM Dikemas Kini : 24 Jul 2020 10:03PM

MAKKAH: Khutbah Hari Arafah akan diterjemahkan ke dalam 10 bahasa dalam usaha untuk menyampaikan mesej Islam kepada khalayak yang lebih luas.

Menurut laporan Saudi Gazette, perkara itu diumumkan Presiden Majlis Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais pada taklimat media tahunan mengenai rancangan pihaknya untuk musim haji pada tahun ini.

Menurut Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, beliau telah mengarahkan supaya jumlah bahasa yang digunakan dalam penterjemahan khutbah ditambah daripada lima kepada 10.

10 bahasa itu adalah Bahasa Melayu, Inggeris, Urdu, Parsi, Perancis, Cina, Turki, Rusia, Hausa dan Bengali.

Ia juga akan tersedia pada aplikasi khutbah Arafah dan wadah Manarat Al-Haramain.

Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais turut menggariskan bahawa projek tersebut adalah yang terbesar seumpamanya di dunia dan kerajaan sudah bersiap sedia untuk melaksanakannya bagi tahun ketiga berturut-turut, lapor Saudi Gazette.

Sumber : Agensi berita/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan