Khutbah Arafah bakal capai penonton global dalam 34 bahasa
Jumlah kuota haji yang diperuntukkan MUIS bagi warga emas 70 tahun ke atas untuk musim haji 2026, naik 5% berbanding tahun ini. (Gambar: @HaramainInfo/X)
Projek itu bertujuan untuk menyampaikan mesej toleransi Islam kepada khalayak global dalam bahasa ibunda mereka, sekali gus memupuk komunikasi lebih baik antara umat Islam dan bukan Islam. Ia juga menekankan peranan penting Kerajaan Arab Saudi dalam menguruskan dua masjid suci serta komitmennya yang berterusan dalam menyokong jemaah haji dari seluruh dunia.
Projek itu bakal menyediakan penterjemahan khutbah Arafah secara langsung dalam lebih 34 bahasa, menjadikannya antara inisiatif terbesar musim haji. Ciri utama projek itu ialah penggunaan kod Respons Pantas (QR) yang membolehkan capaian mudah kepada teks dan audio penterjemahan.
Ini membolehkan para jemaah untuk mendengar khutbah dalam bahasa masing-masing tanpa mengira lokasi mereka sama ada di kawasan suci atau di tempat lain.
Bagi memperluaskan capaian dan impak perkhidmatan tersebut, kod QR dipaparkan pada skrin di kemudahan utama, bas dan penginapan jemaah.
Selain itu, perkhidmatan itu turut dipromosikan melalui pelbagai platform media kerajaan Saudi serta dikongsi bersama media antarabangsa dengan kerjasama Kementerian Media Saudi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.