Skip to main content

Dunia

Khidmat pengangkutan awam dihentikan semasa kawalan pergerakan bersyarat di Sabah

Khidmat semua pengangkutan awam kecuali teksi, e-hailing dan penghantaran makanan, dihentikan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kota Kinabalu, Penampang, dan Putatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat pengangkutan awam dihentikan semasa kawalan pergerakan bersyarat di Sabah

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 06 Oct 2020 09:44PM Dikemas Kini : 06 Oct 2020 09:47PM

KOTA KINABALU: Khidmat semua pengangkutan awam kecuali teksi, e-hailing dan penghantaran makanan, dihentikan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kota Kinabalu, Penampang, dan Putatan.

Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Sabah Chin Kim Hiung berkata sepanjang PKPB yang bermula 7 Okt pada tengah malam ini hingga 20 Okt, khidmat pengangkutan awam tidak dibenarkan beroperasi dan memasuki tiga daerah itu.

Beliau berkata perkhidmatan teksi dan e-hailing hanya dibenar beroperasi bermula pukul 6.00 pagi hingga 8.00 malam, manakala bagi penghantaran makanan dari pukul 6.00 pagi hingga 6.00 petang. 

“Semua penumpang, pemandu teksi, e-hailing dan pekerja yang terlibat diwajibkan memakai topeng muka semasa menaiki kenderaan, selain diwajibkan untuk sentiasa membasuh tangan atau menggunakan cecair pembasmi kuman, sebelum dan selepas menaiki kenderaan.

“Bagi pemandu teksi dan e-hailing pembersihan kenderaan dan fasiliti adalah wajib pada setiap perjalanan di terminal atau depot selepas tamat waktu operasi. Penumpang bergejala tidak dibenarkan menaiki kenderaan pengangkutan awam,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Encik Chin berkata penjarakan fizikal juga diwajibkan dengan bilangan penumpang yang dibenarkan hanya maksimum dua orang sahaja.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita