Khidmat kereta api ulang-alik Woodlands-JB Sentral mula operasi, hampir 70,000 tiket terjual
Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Perkhidmatan kereta api ulang-alik antara Stesen Woodlands dengan Johor Bahru (JB) Sentral mula beroperasi hari ini (19 Jun), setelah dua tahun dihentikan berikutan pandemik COVID-19.
Menteri Pengangkutan Malaysia Dr Wee Ka Siong berkata pembukaannya mendapat sambutan hangat berikutan hampir 70,000 tiket telah terjual untuk tempoh satu bulan.
Beliau berkata pengoperasian semula perkhidmatan dipanggil Shuttle Tebrau itu dilihat dapat mengurangkan kesesakan di Tambak Johor setelah laluan itu ditutup pada 24 Mac 2020 akibat pandemik.
“Untuk peringkat awal, seminggu pertama ini kami hanya menyasarkan 240 penumpang (satu perjalanan) kerana perlu menyelaraskan (beberapa perkara seperti) MySejahtera dan ciri-ciri lain yang perlu dibuat penyelarasan.
“Kami sasarkan 7,000 orang penumpang (sehari) dapat menggunakan perkhidmatan ini apabila ia telah beroperasi sepenuhnya,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan pelepasan kereta api Shuttle Tebrau, di Stesen JB Sentral.
Turut hadir, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Mohd Rani Hisham Samsudin.
Sementara itu, Encik Onn Hafiz menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pengangkutan dan KTMB serta semua pihak yang terlibat dalam pengoperasian semula Shuttle Tebrau.
“Melihat pengoperasian kembali kereta api ini merupakan satu detik sejarah setelah ia ditutup dua tahun, rakyat tertunggu-tunggu.
“Ia dapat membantu negeri untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, tiket jualan untuk satu bulan sahaja cecah 70,000 jadi (kita lihat) permintaan memang tinggi,” katanya.
Sebanyak 31 perkhidmatan beroperasi setiap hari membabitkan 18 perkhidmatan dari JB Sentral ke Woodlands, manakala 13 lagi perkhidmatan dari Woodlands ke JB Sentral, dengan kekerapan 30 minit pada waktu puncak.
Perkhidmatan dari Stesen JB Sentral bermula pada 5 pagi dan berakhir pada 10.45 malam, manakala Stesen Woodlands bermula 8.30 pagi dan kereta api terakhir pada 11.45 malam dengan tambang RM5 (S$1.58) sehala dari JB Sentral dan SG$5 dari Woodlands.

Sumber : Bernama/SU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.