Khidmat kereta api Perancis dijangka pulih hujung minggu ini selepas disabotaj

Penumpang di stesen St Pancras International pada 26 Jul 2024, selepas perkhidmatan kereta api Perancis bertambah baik selepas mengalami gangguan besar akibat perbuatan khianat. (Gambar: Henry Nicholls/AFP)
Ramai penumpang terkandas di stesen-stesen kerana perkhidmatan kereta api dibatalkan atau tergendala setelah kotak-kotak kabel di beberapa simpang rangkaian kereta api laju dibakar dengan sengaja.
Sasaran tindakan sabotaj itu adalah rangkaian kereta api di bahagian barat daya, utara dan timur Perancis.
Syarikat kereta api SNCF menyifatkannya sebagai serangan yang besar.
Bagaimanapun hasil daripada kerja pembaikan yang sudah dilakukan, SNCF menyatakan semua perkhidmatan kereta api yang menghubungkan ibu kota Paris dengan bahagian-bahagian lain negara itu, dijangka dapat kembali beroperasi mengikut jadualnya mulai Sabtu (27 Jul).
Tindakan sabotaj terhadap perkhidmatan kereta api Perancis dilakukan hanya beberapa jam sebelum Sukan Olimpik Paris dirasmikan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron.
Sementara itu, pada hari pertama pertandingan Sukan Olimpik Paris, 14 pingat emas menjadi rebutan - yang pertama dalam acara menembak 10 meter senapang angin berpasukan campuran.
Pasangan dari China, Huang Yuting dan Sheng Lihao dijangka meraih pingat emas pertama itu setelah menjuarai kejohanan dunia pada tahun lalu.
Namun perhatian ramai dijangka tertumpu kepada acara renang 400 meter gaya bebas perseorangan wanita.
Tiga peserta yang memegang rekod dunia akan bersaing tetapi juara bertahan dari Australia, Ariarne Titmus menjadi pilihan untuk menang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.