Khidmat kereta api Al-Mashaaer Al-Mugaddassah sedia kendali ribuan jemaah haji
Anggaran Waktu Membaca:
MAKKAH: Al-Mashaaer Al-Mugaddassah Metro Line bersedia mengendalikan pergerakan ribuan jemaah antara Tanah Suci Makkah, Arafah, Muzdalifah dan Mina pada musim haji tahun ini.
Menurut Saudi Press Agency (SPA), perkhidmatan metro itu membantu para jemaah melaksanakan ibadah mereka dengan lancar dan lebih selesa.
Laporan itu menyatakan perkhidmatan kereta api sepanjang 18 kilometer itu merentasi sembilan stesen dan mempunyai kapasiti 72,000 penumpang sejam.
"Kereta api ini bergerak pada kelajuan 80 kilometer sejam dan menempuh jarak antara Mina dan Arafah kira-kira 20 minit.
"Ia mempunyai 17 set kereta api, setiap satunya dengan kapasiti 3,000 penumpang, membantu membawa lebih 350,000 jemaah ke pelbagai lokasi. Stesen pula direka untuk memudahkan pergerakan jemaah," menurut laporan itu.
Menurut laporan itu, bagi menampung jumlah jemaah yang ramai, ruang menunggu dipisahkan dari kawasan menaiki kereta api, dan platform memasuki kereta api juga dipisahkan dengan platform berlepas.
Laporan itu memaklumkan dengan adanya lif, ia memudahkan jemaah untuk mengakses platform terutamanya golongan warga emas dan kurang upaya.
Metro berkenaan juga mesra alam sekitar kerana beroperasi menggunakan kuasa elektrik dengan pelepasan sifar karbon, menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar di kawasan Tanah Suci dan kesihatan menyeluruh para jemaah.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.