Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Khidmat katering bijak curi perhatian ramai di Olimpik Musim Sejuk Beijing

Anggaran Waktu Membaca:

BEIJING: Perkhidmatan katering di pusat media utama Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing dilengkapi dengan pelbagai teknologi bijak seperti tukang masak robot dan kaedah penghantaran makanan tanpa sentuhan mencuri perhatian ramai.

Pendekatan tersebut meminimumkan penggunaan tenaga manusia dalam penyediaan makanan, sekali gus menjamin kesihatan petugas media dan pekerja kantin ketika ancaman COVID-19 masih berleluasa.

Dengan keluasan kira-kira 3,000 meter persegi, kantin itu dibahagikan kepada zon layan diri dan zon masakan bijak.

Demi memenuhi keperluan cita rasa berbeza petugas media dari seluruh dunia, kantin bijak itu turut menyediakan pelbagai masakan, termasuk masakan China dan Barat.

Menurut petugas kantin, Malatang (rebusan pedas) dan nasi daging kaserol adalah antara hidangan paling popular di kantin tersebut.

Teknologi bijak turut menjadi daya tarikan untuk pihak media merasakan sendiri pengalaman menerima layanan robot di kantin itu.

Pengamal media Poland, Marek Solecki berkata, setiap pelanggan yang berkunjung ke kantin itu pasti kagum dengan elemen berteknologi tinggi yang dipamerkan.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan