Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Khidmat Google, Gmail, YouTube global alami gangguan sementara

Banyak perkhidmatan dari Alphabet Inc, termasuk YouTube, Gmail dan Google Drive, mengalami gangguan di seluruh dunia pada Isnin (14 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat Google, Gmail, YouTube global alami gangguan sementara

Banyak perkhidmatan dari Alphabet Inc, termasuk YouTube, Gmail dan Google Drive, mengalami gangguan.

Diterbitkan : 14 Dec 2020 11:26PM Dikemas Kini : 14 Dec 2020 11:29PM

SAN FRANCISCO: Banyak perkhidmatan dari Alphabet Inc, termasuk YouTube, Gmail dan Google Drive, mengalami gangguan di seluruh dunia pada Isnin (14 Dis).

Ramai pengguna menghadapi masalah untuk mengakses khidmat tersebut yang disifatkan lebih teruk daripada gangguan besar tahun lalu.

Downdetector iaitu laman web yang mengesan gangguan internet, melaporkan lebih 40,000 aduan dari serata dunia.

YouTube dan Gmail adalah antara yang paling teruk terjejas dan banyak menerima rungutan menerusi Twitter.

Laman web Google berkata perkhidmatan berkenaan terjejas selama hampir satu jam sebelum dipulihkan.

Syarikat tersebut mempunyai beberapa perkhidmatan yang paling banyak digunakan di dunia.

Kebanyakan perkhidmatan pulih semula menjelang 8.55malam.

"Kami kembali dan beroperasi!" kata platform YouTube menerusi tweetnya, lapor Reuters.

Ia sebelum itu memberitahu ramai pengguna menghadapi masalah untuk mengakses platform video tersebut. 

Sumber : CNA/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan