Khidmat ETS, KTM Komuter alami gangguan akibat pokok tumbang
Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Komuter mengalami gangguan menyusuli kejadian pokok tumbang yang merosakkan alat talian atas antara laluan Sungkai-Slim River pada pukul 4.20 petang Isnin (22 Dis).
Anggaran Waktu Membaca:
- Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Komuter mengalami gangguan menyusuli kejadian pokok tumbang yang merosakkan alat talian atas antara laluan Sungkai-Slim River pada pukul 4.20 petang Isnin (22 Dis).
- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataannya pada Isnin (22 Dis) memaklumkan kejadian itu menyebabkan 12 tiub cantilever patah, sekali gus menjejaskan bekalan tenaga bagi operasi tren di jajaran berkenaan.
- KTMB turut memaklumkan aturan terkini operasi adalah khidmat ETS dari KL Sentral dan Segamat akan ditamatkan di Stesen Slim River dengan para penumpang dipindahkan menggunakan perkhidmatan bas ke Stesen Sungkai bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.
- "Penumpang ETS yang memilih untuk tidak meneruskan perjalanan akibat kelengahan melebihi dua jam layak memohon pemulangan tambang penuh di kaunter tiket stesen berdekatan, tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada," menurut kenyataan itu.
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Komuter mengalami gangguan menyusuli kejadian pokok tumbang yang merosakkan alat talian atas antara laluan Sungkai-Slim River pada pukul 4.20 petang Isnin (22 Dis).
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataannya pada Isnin (22 Dis) memaklumkan kejadian itu menyebabkan 12 tiub cantilever patah, sekali gus menjejaskan bekalan tenaga bagi operasi tren di jajaran berkenaan.
Menurut KTMB, kejadian itu memberi kesan kepada 12 khidmat ETS dan KTM Komuter melibatkan laluan Tanjung Malim-Pelabuhan Klang-Tanjung Malim.
Kenyataan itu memaklumkan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian berjaya diselesaikan pada pukul 6.53 petang tadi (22 Dis).
"Pada masa ini, kerja baik pulih sistem elektrifikasi sedang giat dilaksanakan oleh pasukan teknikal KTMB dengan kerjasama pihak berkaitan bagi memastikan operasi tren dapat dipulihkan dengan selamat dan secepat mungkin," menurut kenyataan tersebut.
KTMB turut memaklumkan aturan terkini operasi adalah khidmat ETS dari KL Sentral dan Segamat akan ditamatkan di Stesen Slim River dengan para penumpang dipindahkan menggunakan perkhidmatan bas ke Stesen Sungkai bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.
Khidmat ETS dari Padang Besar dan Butterworth pula akan ditamatkan di Stesen Sungkai, dan para penumpang akan dipindahkan menggunakan perkhidmatan bas ke Stesen Slim River untuk meneruskan perjalanan.
Sementara itu, khidmat KTM Komuter laluan Tanjung Malim-Pelabuhan Klang-Tanjung Malim beroperasi seperti biasa namun dijangka mengalami kelengahan.
"Penumpang ETS yang memilih untuk tidak meneruskan perjalanan akibat kelengahan melebihi dua jam layak memohon pemulangan tambang penuh di kaunter tiket stesen berdekatan, tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada," menurut kenyataan itu.
Menurut KTMB, makluman berkaitan kelengahan turut disampaikan kepada para penumpang terlibat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai langkah pemberitahuan awal.
Penumpang yang memerlukan bantuan lanjut boleh mendapatkan khidmat petugas stesen atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.