Khidmat baru 'Taxi Ok' bakal saingi Grab, Uber di Bangkok
Mulai esok (25 Jan), Jabatan Pengangkutan Darat Thailand akan melancarkan aplikasi khidmat teksi, "Taxi OK", yang akan bersaing dengan Grab dan Uber.
THAILAND: Teksi-teksi di Bangkok sedang menjalani pembaharuan kurun ke 21.
Mulai esok (25 Jan), Jabatan Pengangkutan Darat Thailand akan melancarkan aplikasi khidmat teksi, "Taxi OK", yang akan bersaing dengan Grab dan Uber.
Bagaimanapun sebahagian pemandu teksi Bangkok berasa kurang senang.
Khidmat teksi pernah menguasai pengangkutan darat di Bangkok.
Namun ramai orang kini memilih khidmat kereta Grab dan Uber.
Ini berikutan pelbagai masalah yang dihadapi para penumpang teksi seperti dikenakan tambang terlalu tinggi dan pemandu yang cuai.
Untuk menyaingi khidmat pengangkutan lain, teksi-teksi di Bangkok kini perlu dikemas kini untuk menjadikannya lebih selamat dan sedia menyahut cabaran teknologi terkini.
Selain alat menjejak kenderaan menggunakan GPS, teksi-teksi Bangkok kini juga perlu dilengkapi kamera keselamatan dan butang kecemasan.
Ini melibatkan kos-kos tambahan yang boleh mencapai lebih $900 termasuk bayaran perkhidmatan bulanan.
Sekitar 7,000 teksi sudah menjalani kerja-kerja peningkatan
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.