Khidmat agihan air Zamzam beroperasi 24 jam
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Arab News)
MAKKAH: Sembilan pusat pengagihan air Zamzam di Arab Saudi akan beroperasi 24 jam sehari untuk menghilangkan dahaga para jemaah di kota Makkah.
Menurut penyelia pusat-pusat tersebut, Ryan Darwish Zamzami, hampir 1,000 pekerja akan mengagihkan air Zamzam dalam botol-botol 330 mililiter kepada semua jemaah di lapangan, lapor agensi berita Arab News.
Encik Zamzami menambah, pihaknya mendapatkan data Kementerian Haji dan Umrah Saudi, untuk satu pasukan seramai 12 pekerja wanita mengerahkan kakitangannya ke lapangan.
Kenderaan yang menghantar air Zamzam juga dipantau pergerakannya secara online sehinggasampai ke lapangan untuk diagihkan.
Menurut Encik Zamzami lagi, projek tersebut yang bermula dengan hanya empat orang pekerja wanita kini ditambah kepada 12 orang tahun ini.
Pusat-pusat pengagihan air Zamzam di lapangan itu beroperasi 24 jam sehari di Makkah dan tapak-tapak Islam di Arab Saudi dan dikendalikan sejumlah 950 pekerja bersama para penyelia masing-masing, seperti dipetik Arab News.
Sehingga 137 lori yang mengangkut air Zamzam digunakan untuk kiriman ke lapangan.

Sumber : Agensi berita/AY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.