Skip to main content

Dunia

Khidmat Aerotrain KLIA kembali beroperasi 24 jam sehari bermula 1 Jun

Perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan kembali beroperasi 24 jam sehari bermula tengah malam 1 Jun selepas siapnya Pelan Tindakan Komprehensif (CAP), kata Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke.

Anggaran Waktu Membaca:
Khidmat Aerotrain KLIA kembali beroperasi 24 jam sehari bermula 1 Jun

Perkhidmatan Aerotrain KLIA kembali beroperasi selama 24 jam sehari bermula 1 Jun 2026. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 31 May 2026 04:46PM
PUTRAJAYA: Perkhidmatan Aerotrain di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan kembali beroperasi 24 jam sehari bermula tengah malam 1 Jun selepas siapnya Pelan Tindakan Komprehensif (CAP), kata Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke.

Beliau berkata pelan berkenaan yang dilaksanakan sejak November 2025 melibatkan penyelarasan bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan sudah disahkan oleh penilai kereta api bebas.

“CAP merangkumi tiga peringkat berstruktur, iaitu kerja-kerja pemeriksaan dan pembaikan, ujian serta pengesahan sistem dan operasi percubaan.

“Ujian ketahanan dijalankan selama tempoh 24 jam dan 48 jam dalam keadaan berpenumpang dan tanpa penumpang,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Ahad (31 Mei).

Encik Loke berkata Aerotrain sudah merekodkan tahap Ketersediaan Perkhidmatan Operasi 100 peratus sejak Januari 2026.

Beliau berkata waktu untuk kerja-kerja kejuruteraan harian dari pukul 12.00 tengah malam hingga pukul 5.00 pagi akan terus dikekalkan, dengan sebuah tren kekal beroperasi untuk perkhidmatan penumpang sementara kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan rutin dijalankan.

“Kementerian Pengangkutan melalui APAD akan terus melaksanakan pengawasan kawal selia terhadap operasi Aerotrain, manakala Malaysia Airports kekal bertanggungjawab untuk mengekalkan standard perkhidmatan yang ditetapkan di bawah pelan ini,” kata Encik Loke.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita