Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Khemah di Mina mula disiapkan untuk jutaan jemaah haji 2023

Anggaran Waktu Membaca:
Khemah di Mina mula disiapkan untuk jutaan jemaah haji 2023

Jemaah haji tiba di Mina, Arab Saudi pada 7 Julai 2022. (Gambar: Delil SOULEIMAN / AFP)

RIYADH: Khemah-khemah di Mina, Arab Saudi sudah mula disiapkan untuk jutaan jemaah haji pada tahun ini.

Menurut ketua penyelia salah satu syarikat yang diberi tanggungjawab untuk tugas tersebut, Mustafa Hadi, ini termasuk proses penyenggaraan bekalan elektrik, paip air dan tandas.

Proses melengkapi khemah-khemah dengan tilam dan selimut pula tambah beliau, akan dimulakan dalam beberapa hari lagi.

Kem di Mina tidak dihuni selepas musim haji dan terletak sekitar tujuh kilometer dari Masjidil Haram.

Kedudukannya adalah antara kota Makkah dengan Muzdalifah.

Kemuncak ibadah haji tahun ini dijadualkan pada penghujung bulan Jun depan.
Sumber : AGENCIES/AA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan