Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Khazanah rugi RM80 juta jual pakaian dalam, coli

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali mengetengahkan kerugian pelaburan Khazanah Nasional yang bernilai AS$20 juta (S$27 juta) sebagai contoh selepas Encik Najib Razak (BN-Pekan) mempertikaikan dakwaan bahawa syarikat kerajaan itu tersasar daripada objektifnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Khazanah rugi RM80 juta jual pakaian dalam, coli

Encik Mohamed Azmin Ali. (Gambar: Azmin Ali/Facebook)

Diterbitkan : 01 Aug 2018 03:58PM Dikemas Kini : 01 Aug 2018 04:00PM

KUALA LUMPUR: Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali mengetengahkan kerugian pelaburan Khazanah Nasional yang bernilai AS$20 juta (S$27 juta) sebagai contoh selepas Encik Najib Razak (BN-Pekan) mempertikaikan dakwaan bahawa syarikat kerajaan itu tersasar daripada objektifnya.

Encik Najib yang mencelah Azmin semasa beliau menyampaikan ucapan penggulungan untuk kementeriannya di Dewan Rakyat, menyoal mengenai dakwaan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini bahawa Khazanah sudah menyimpang daripada terasnya.

“Dalam tempoh 10 tahun, aset khazanah melonjak RM33 bilion (S$11 bilion) kepada RM134.5 bilion (S$45 bilion), maknannya dari segi 'wealth creation' dalam 10 tahun, Khazanah sudah berjaya.

“Saya bukan nak pertahankan waktu saya jadi pengerusi Khazanah tapi saya nak minta penjelasan di manakah agaknnya yang dikatakan Khazanah lari dari tujuan objetif asalnya. Saya nak minta penjelasan,” kata Encik Najib seperti ditukil Malaysiakini.

Menjawab soalan itu, Encik Azmin merujuk kepada pelaburan Khazanah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sebagai contoh, Khazanah melabur sebanyak hampir AS$20 juta (S$27 juta) melalui sebuah syarikat peruncit online yang menjual pakaian dalam, coli... akhirnya pelaburan ini terpaksa dihapus kira.

“Ini yang paling kecil yang berlaku,” katanya.

LUPUS HUTANG PELABURAN RM3 BILION

Contoh lebih serius, kata Encik Azmin apabila Khazanah terpaksa melupus kira-kira RM3 bilion (S$1 bilion) pelaburannya.

“Ada juga pelaburan yang dibuat melalui private equity untuk ambil alih sebuah bank yang akhirnya kerana perbincangan itu tidak dibuat secara langsung dengan bank berkenaan tetapi melalui private equity.

“Ia terpaksa dihapus kira sebanyak RM3 bilion (S$1 bilion). Perkara-perkara ini menuntut kerajaan baru ini untuk meletakkan semula Khazanah di atas landasan ditetapkan,” katanya.

Menurut Malaysiakini, dilaporkan sebelum ini bahawa Khazanah, bersama dua rakan lain, ingin memperoleh kepentingan 2.6 peratus dalam Bank UBS, Switzerland. Pelaburan itu dilakukan melalui kumpulan ekuiti swasta Olivant.

Bagaimanapun, Bank Lehman Brothers di Amerika Syarikat yang memegang akaun pelaburan itu, kemudian menjadi muflis dan ini menyebabkan Khazanah kehilangan RM3 bilion (S$1 bilion). Ia hanya berjaya mendapatkan separuh daripada jumlah berkenaan, kemudiannya.

PELABURAN BAIK KHAZANAH

Menjawab Encik Azmin, Encik Mustapa Mohamed (BN-Jeli) berkata, ada kalanya, pelaburan Khazanah tidak menjadi tetapi perlu diakui bahawa terdapat juga keputusan pelaburan yang baik, lapor Malaysiakini.

“Kita kena beri penghargaan macam pelaburan dalam Alibaba yang bagi keuntungan yang besar serta pelaburan dalam hospital di Turki, India, China.

“Dan sekarang ini IHH Healthcare Berhad merupakan kumpuan hospital terbesar di dunia,” katanya.

Minggu lalu, semua ahli lembaga pengarahnya menawarkan diri untuk meletakkan jawatan mereka berikutan kritikan Dr Mahathir. Kerajaan kemudian menerima pengunduran mereka itu.

Dr Mahathir kemudian mengambil alih jawatan pengerusi Khazanah manakala Encik Azmin pula sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan